Latar Belakang




SEJARAH SUKAN PETANQUE (PETANQUE) DI DUNIA 



Permainan petanque ini berasal daripada Negara Perancis pada tahun 1910.  Permainan ini di perkenalkan di Malaysia oleh Profesor Di Raja Ungku Abd Aziz melalui Angkatan Koperasi  Kebangsaan Malaysia Berhad ( ANGKASA ) pada tahun 1992.

                        Bagi menggalakkan perkembangan sukan ini di peringkat sekolah maka  pihak ANGKASA  sendiri menganjurkan  bengkel-bengkel teknik permainan petanque ke sekolah-sekolah di samping menganjurkan sukan tahunan petanque sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Negeri dan seterusnya Peringkat Kebangsaan.

            Sehingga kini semua negeri di seluruh Malaysia telah mempunyai persatuan petanque  masing-masing malah Malaysia telah mempunyai  Persekutuan Petanque Malaysia yang aktif menganjurkan pertandingan-pertandingan petanque sepanjang tahun bagi mencari bakat-bakat pemain yang akan menaikkan nama sukan permainan ini di peringkat Asia dan juga di peringkat dunia.

            Sejak tahun 2001 Persekutuan Petanque Malaysia melaui Majlis Sukan Negara telah menghantar beberapa atlit petanque untuk menyertai Sukan Sea dan Sukan Asia . dengan pungutan pingat perak dan gangsa di kejohanan tersebut maka pada tahun 2003 Persekutuan Petanque Malaysia menghantar lagi atlit ke Kejohanan Petanque Dunia di Switzerland dan pada tahun 2004 ke Kejohanan Petanque Remaja Dunia di Perancis.

1 comment: